Wednesday 23 May 2012
Visi Panitia MATEMATIK Sekolah:
Melahirkan ahli matematik yang itqan dalam usaha mencari ilmu agar menjadi insan yang lebih gemilang hasil penglibatan dalam semua aktiviti matematik serta menjadikannya sebagai budaya dan seterusnya menghayati semangat belajar berterusan dalam rutin kehidupan.
Misi MATEMATIK Sekolah:
Berjaya dengan cemerlang dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam bidang matematik.
MATLAMAT STRATEGIK
a.Meluaskan tapak untuk murid mengembangkan bakat dalam bidang matematik dengan
merealisasikan konsep Matematik untuk Semua.
b.Mewujudkan budaya saing secara sihat, memupuk nilai kerjasama serta membangkitkan
semangat cintakan matematik.
c.Melahirkan ahli matematik berprestasi tinggi dengan mengembangkan bakat dan potensi
‘murid pintar’ ke peringkat yang lebih tinggi.
d.Meningkatkan ilmu dan peluang kemahiran menganjur, mengurus dan melaksanakan program
matematik dan permainan matematik di kalangan guru dan murid.
e.Menambah dan menaik taraf kemudahan infrastruktur bilik matematik dan permainan
matematik di sekolah.
f.Menghargai segala pengorbanan dan sumbangan ‘murid pintar’ dan guru matematik dan guru
persatuan matematik.
OBJEKTIF:
a.Penglibatan semua murid dalam aktiviti matematik.
b.Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan kaum dalam pelaksanaan aktiviti
matematik.
c.Meningkatkan keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang murid pintar matematik
berprestasi tinggi setahun bagi mewakili daerah dan negeri.
d.Penyebaran ilmu dan mewujudkan peluang kepada guru dan murid untuk meningkatkan
pengalaman menganjur, mengurus dan melaksanakan pelbagai program matematik dan
permainan matematik.
e.Penambahan dan menaik taraf kemudahan asas matematik dan permainan matematik di
sekolah.
f.Pengiktirafan dan penghargaan kepada guru matematik, guru persatuan matematik dan
‘murid pintar’ yang mencapai kejayaan cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to Make Money - WorkMake Money
ReplyDeleteWe've put together a list of the 인카지노 best casinos for making money online. Learn หาเงินออนไลน์ about how to make money and the best online casinos to use them. 메리트 카지노 주소