Friday 18 May 2012

Pengenalan



SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari mula ditubuhkan pada bulan Januari 1963 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Malim. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan SMJK Methodist, Tanjong Malim. Pada bulan Januari 1969, sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri dan dinamakan Sekolah Menengah Khir Johari, sempena nama Menteri Pendidikan Malaysia waktu itu.

Sekolah ini didirikan di atas tapak seluas kira-kira empat hektar. Ia terdiri daripada bangunan dua blok setinggi dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah, empat buah stor, sebuah makmal sains, sebuah kantin, tandas guru dan tandas pelajar. Pada akhir tahun 1970, bangunan tambahan telah dibina dengan dua buah bilik darjah, dua buah makmal sains dan ini merupakan tambahan kepada bangunan asal. Pada tahun 1973 pula sebuah bangunan seni perusahaan dibina.

Pada tahun 1974, bangunan asrama telah didirikan. Ia terdiri daripada dua buah blok bangunan. Iaitu sebuah untuk pelajar lelaki dan sebuah lagi untuk pelajar perempuan. Pada tahun 1976, sebuah bangunan tiga tingkat telah didirikan. Ia mengandungi enam bilik darjah dan tiga buah bilik makmal. Pada awal tahun 1979, sebuah tangki air untuk asrama telah dibina. Pada tahun 1980, sebuah bilik kebal telah dibina. Pada pertengahan tahun 1982, tiga buah rumah guru dibina berhampiran bangunan asrama dan telah siap dibina pada 12 Mac 1984.

Pada bulan Mac 1990, satu projek pembinaan bangunan tambahan telah dimulakan. Projek ini dibina di atas tapak padang sekolah. Bangunan tambahan ini terdiri daripada empat buah bilik darjah, perpustakaan, bilik gerakan, dua buah tandas guru, dua buah tandas murid, bilik Pengetua, pejabat, bilik Penolong Kanan, bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, bilik Penyelia Petang, bilik cetak, bilik solat, bilik kelas pendidikan agama Islam, tempat mengambil wuduk, stor, tiga buah makmal dan sebuah kantin. Bangunan kantin lama kini diubah suai menjadi dewan.

Perkembangan dan pembangunan semasa mendesak didirikan satu blok enam bilik darjah yang dibina secara terdesak untuk menampung peningkatan murid. Bangunan ini dikenali sebagai Blok Kilat kerana dibina dalam waktu yang singkat. Berhampiran blok ini juga dengan inisiatif sekolah, sebuah surau telah didirikan untuk keselesaan guru dan pelajar menunaikan solat. Pada tahun 2002, sebuah blok yang mengandungi dua buah makmal komputer telah didirikan bagi memenuhi keperluan pendidikan.

Pada peringkat awal penubuhannya, SMK Khir Johari ini mempunyai pelajar seramai 80 orang dengan tujuh orang guru. Kini sekolah Gred A ini semakin berkembang dengan jumlah pelajarnya pada awal tahun 2011 ialah seramai 979 orang dan guru seramai 101 orang.


VISI SEKOLAH

Menjadikan SMK Khir Johari Tanjong Malim sekolah cemerlang
dalam bidang kurikulum, kokurikulum,sahsiah dan keceriaan
di negeri Perak.

MISI SEKOLAH

1. Memaksimumkam prestasi akademik secara menyeluruh dari segi kualiti dan kuantiti.
2. Menjana kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum.
3. Membina pembangunan insan yang kamil dari segi rohani dan jasmani.
4. Menjalin hubungan yang mesra dengan ibubapa.
5. Memupuk permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar.




Aluan Pengetua







"Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya, Laman Web SMKKJ dapat dimurnikan dengan gaya penampilan yang baru. Harapan saya agar kelahiran Laman Web ini akan berfungsi sebagai satu saluran yang penting ke arah perolehan maklumat yang cepat dalam konteks penerimaan dan penyebaran maklumat. Dengan adanya laman web ini maklumat sekolah dengan lebih mudah diperolehi oleh pihak yang memerlukan terutamanya warga sekolah, ibu bapa, bekas-bekas pelajar dan mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan sekolah. Bagi pihak sekolah pula laman web ini merupakan satu saluran terkini, cepat dan mudah untuk menyebarkan maklumat sekolah sama ada untuk guru-guru, pelajar, ibu bapa, jabatan dan lain-lain pihak yang berminat. Saya sangat berharap agar kelahiran Portal ini dapat dimanfaatkan secara maksimum sekaligus mampu memenuhi hasrat dan keperluan SMKKJ menjadi antara yang terbilang. Sekalung tahniah diucapkan kepda Unit ICT khususnya dan semua warga SMKKJ amnya yang telah berusaha mencetus gelombang baru, yang saya yakin mampu melakar sejarah kepantasan pengaliran maklumat secara efektif. Semoga motto 'ILMU NERACA HIDUP' terus hidup dan cemerlang dalam mengejar impian. Sekian, wassalam."




Piagam Sekolah



Falsafah Sekolah


Lagu Sekolah


Lokasi Sekolah


Alamat & Cara Menghubungi

SMK KHIR JOHARI
JALAN BEROP
35900 TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN

No.Fon Office: 05-4596334
No.Faks: 05-4582454







1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site
    Lucky Club Casino website is a popular and trusted source of information on online gambling, including how to get started. Find the latest news, promotions,  luckyclub Rating: 4.9 · ‎Review by LuckyClub.live

    ReplyDelete