Wednesday 23 May 2012

LAPORAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI MURID DALAM MATEMATIK


KESIMPULAN DARIPADA KAJIAN KES: (LAPORAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI MURID DALAM MATEMATIK)  oleh: Jawatankuasa Petugas Matematik Kementerian Pendidikan Malaysia 1992.
1.
Faktor murid dan faktor guru adalah sangat penting untuk mencapai prestasi yang baik dalam matematik di sesebuah sekolah.
2.
Garis panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang didapati berkesan di sekolah-sekolah menengah yang mempunyai pencapaian tinggi dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam matematik.
2.1
Pengurusan:
a)       Pengetua bertindak aktif sebagai pengurus kurikulum dengan ;
i.                     Menyertai mesyuarat Panitia Matematik
ii.                   Mengambil tindakan susulan ke atas aktiviti Panitia Matematik
iii.                  Menyemak kerja bertulis murid secara berterusan dan teliti
b)       Pihak sekolah merancang dan menyediakan program peningkatan prestasi dalam matematik dengan
i)                     Menyusun jadual waktu matematik yang sesuai
ii)                   Menetapkan pelunjuran pencapaian matematik serta mengatur strategi untuk mencapainya.
iii)                  Mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan prestasi dalam matematik seperti system mentor , kelas pemulihan , kem matematik , minggu matematik dan pengaliran murid mengikut kebolehan matematik. 
c)       Pengetua menentukan guru yang mengajar Matematik itu beropsyen matematik.
d)       Pengetua menjalankan pencerapan pengajaran Matematik secara berterusan dan terancang.
e)       Sekurang-kurangnya 10% daripada peruntukan Sains dan Matematik digunakan untuk membeli alat matematik.
f)        Semua guru Matematik diberi peluang untuk menyertai aktiviti perkembangan staf.
g)       Aktiviti kokurikulum yang sesuai dirancangkan untuk mempertingkatkan pembelajaran matematik.
h)       Pengetua mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak, terutamanya guru, murid dan ibubapa.
2.2
Guru:
a)       Guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang matematik.
b)       Guru menguasai isi kandungan sukatan pelajaran Matematik yang diajarnya.
c)       Guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ilmu matematik.
d)       Guru menyediakan rancangan pengajaran berdasarkan kehendak kurikulum dan prinsip pedagogi.
e)       Guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

f)        Guru selalu :
i)         Menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai dengan kandungan pelajaran dan kebolehan murid.
ii)                   Mengimbangi pemahaman konsep dengan penguasaan kemahiran
iii)                  Menggunakan bahan tambahan bagi melengkapi bahan dalam buku teks.
iv)                 Memberi peluang untuk murid mengembangkan kemahiran berfikir.
v)                   Mengamalkan gaya pengajaran yang merangsangkan pembelajaran murid.
g)       Guru memberi latihan bertulis dan kerja rumah yang terancang , mencukupi dan sesuai untuk kebolehan murid serta:
 i)  Menunjukkan contoh penyelesaian secukupnya sebelum murid membuat latihan.
       ii) Menggalakkan murid bekerja secara individu dan dalam kumpulan kecil
       iii)Memastikan murid menulis kerja penyelesaian dengan kemas dan teratur
h)       Guru menyemak semua latihan bertulis murid dengan teliti dan secepat mungkin serta memberi komen yang membina dan membincangkan kesilapan umum dalm kelas.
i)         Guru menjalankan penilaian berterusan secara terancang melalui pelbagai cara
i) Membincangkan bersama sama murid penyelesaian bagi soalan ujian yang diberi
ii) Menganalisis keputusan ujian untuk mengenalpasti kelemahan murid
iii)Mengajar semula konsep atau kemahiran tertentu
j)         Guru menggunakan pelbagai cara untuk memotivasikan murid supaya mereka terus berusaha memperbaiki prestasi mereka atau mengekalkan kecemerlangan mereka dalam pembelajaran matematik.

2.3
a) Murid mematuhi jadual belajar kendiri dengan tekun dan bersistem.
b) Murid belajar dengan pelbagai cara seperti belajar bersendirian
c) Murid berbincang dengan guru
d) Murid berbincang dengan rakan sebaya
e) Murid mengulangkaji dengan kerap
f)  Murid menyiapkan latihan yang diberi dengan menepati masa dan membuat pembetulan
g) Murid aktif dalam kelas :
i) Bertanya soalan
ii) Memberi jawapan
iii)Membuat rumusan
iv)Memberi pandangan dan cadangan
h)Murid membuat latihan tambahan dengan inisiatif sendiri
i)Murid menunjukkan minat dan keyakinan diri yang tinggi dalam matematik
j) Murid aktif dalam kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan matematik

2.4
Bahan:
a)       Alat bantu mengajar dirancang penggunaanya secara bersistem.
b)       Alat bantu mengajar yang sesuai selalu digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid
c)       Alat bantu mengajar disediakan oleh guru dan murid
d)       Penyelenggaraan dan penyimpanan alat bantu mengajar diuruskan dengan baik
e)       Guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi pendidikan dalam pengajaran matematik.
f)        Bahan yang sedia ada seperti TV Pendidikan, kaset, CD, carta dan radio digunakan secara optimum dalam pengajaran matematik.
g)       Murid diberi peluang menggunakan alat bantu mengajar.
h)       Sudut matematik diwujudkan disemua bilik darjah
3
Garis panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang didapati berkesan di sekolah-sekolah rendah yang mempunyai pencapaian tinggi dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk sekolah-sekolah rendah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam matematik.
3.1
Pengurusan:
a)       Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Matematik berfungsi sepenuhnya untuk merancang , mengelola , mengawal dan menilai program matematik dan seterusnya membuat tindakan susulan
b)       Kelemahan dan kekuatan murid dalam matematik dikenalpasti dan dijadikan asas untuk perancangan program matematik bagi jangka panjang dan jangka pendek
c)       Aktiviti perkembangan staf seperti ceramah, bengkel dan lawatan diadakan untuk meningkatkan ketrampilan dan pengetahuan guru tentang matematik
d)       Guru besar selalu mencerap pengajran guru matematik secara terancang dan membimbing mereka melalui perbincangan perseorangan atau dalam mesyuarat guru untuk meningkatkan prestasi masing masing
e)       Guru besar atau guru penolong kanan menyemak buku latihan matematik murid secara terancang dan mengikut kreteria tertentu
f)        Kelas bimbingan tambahan diadakan untuk membantu murid mengatasi masalah dalam pembelajaran matematik.
g)       Setiap guru dilantik sebagai bapa angkat kepada beberapa orang murid untruk membantu mereka menyelesaikan masalah pembelajaran.
h)       Hubungan yang baik dan kerjasama yang erat diwujudkan di antara guru besar dengan guru, guru dengan guru serta di antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau menjayakan  semua program matematik yang dijalankan di sekolah.
3.2
Guru:
a)       Guru peka kepada perkembangan baru dalam pendidikan matematik dan bersedia mencuba idea baru yang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik.
b)       Guru selalu berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat bagi mengatasi masalah dalam pengajaran matematik
c)       Guru menggunakan sumber ikhtisas yang ada di dalam dan di luar sekolah untuk membantu mereka mengatasi masalah dalam pembelajaran matematik
d)       Guru yang berkemahiran dan berminat mengajar matematik ditugaskan mengikut kelasnya pada tahap 1 atau tahap 2.
e)       Guru berikhtiar menanamkan tanggapan bahawa matematik adalah mudah dan menyeronokkan di kalangan murid.
f)        Guru menggunakan bahan dan teknik mengajar yang sesuai untuk membolehkan murid belajar matematik melalui pengalaman.
g)       Guru membeti latihan berperingkat yang maksimum mengikut kebolehan murid dan memeriksa hasilkerja murid dengan teliti dan kemas kini,
h)       Guru peka kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid serta masalah yang dihadapi oleh setiap murid dan membantu meningkatkan pembelajaran mereka.
i)         Guru berusaha memberi rangsangan kepada murid  untuk berjaya dalam matematik.
j)         Guru memastikan setiap murid di Tahap 1 menguasai fakta asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
k)       Guru sentiasa menggunakan apa yang terdapat di alam sekitar yang berkaitan dengan matematik dalam pengajaran mereka.
3.3
Murid:
a)       Murid berusaha memperbaiki diri mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam matematik dengan:
 i)          Membuat latihan dengan tekun
ii)                   Menghafal fakta asas  dalam tambah, tolak, darab dan bahagi
iii)                  Berbincang dengan rakan atau bertanya kepada guru apabila menemui sesuatu  masalah dalam pelajaran
iv)                 Membantu rakan menyelesaikan sebarang masalah matematik
b)       Murid bersemangat dan berkeyakinan dalam pembelajaran matematik
c)       Murid mengamalkan kemahiran matematik dalam kehidupan harian

3.4
Bahan:
a)       Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan Khas Matematik digunakan sepenuhnya sebagai rujukan untuk merancangkan pelajaran matematik
b)       Buku teks dan buku aktiviti digunakan untuk memberi murid latihan pengukuhan setelah mereka menguasai sesuatu kemahiran
c)       Alat Bantu Mengajar selalu digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan kemahiran matematik yang diajar.
d)       Bahan yang biasa ditemui oleh murid dalam alam sekitar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik
e)       Bahan pengaya untuk matematik yang menarik dan mencabar disediakan dengan mencukupi untuk kegunaan murid
f)        Bahan pemulihan mengikut keperluan murid disediakan dan digunakan untuk membantu murid mengatasi kesukaran mereka dalam pelajaran matematik
g)       Bahan teknologi pendidikan seperti Radio Pendidikan, TV Pendidikan , OHP , slaid dan CD digunakan sepenuhnya.



PROGRAM –PROGRAM yang dijalankan oleh JPN Negeri:
1
PERLIS
a)Projek Celik 3M untuk murid tahap 1 dan 2 sekolah rendah .Projek ini akan mengenal pasti murid yang masih belum menguasai matematik dan sekolah akan mengambil tindakan untuk mengatasinya.
b)Penyeliaan Jarak Jauh Semua Sekolah .PPSMdan Penyelia Matematik negeri menyemak buku latihan matematik yang dihantar secara rawak oleh sekolah ke JPN.
c)Merakamkan contoh pengajaran guru matematik cemerlang bagi tajuk “Rumus Algebra”.
d)”Blue Print”Pemulihan bagi murid Tingkatan 1.    Di awal penggal persekolahan semua murid Tingkatan 1 diuji dengan kertas yang sama .Pelajar yang didapati lemah akan diberi pemulihan dan akan diuji semula di akhir penggal persekolahan.
e) Lawatan Pasukan Pembimbing Kurikulum .  Pegawai dari pasukan ini akan memberi bimbingan kepada guru matematik selepas pencerapan yang dilakukan di bilik darjah .
f)Menggalakkan sekolah untuk terus mengadakan aktiviti perkampungan matematik setiap tahun bagi meningkatkan prestasi matematik di sekolah masing- masing.
2
KEDAH
a)Mengadakan peperiksaan UPSR di sekolah rendah .
b)Memberi taklimat /ceramah tentang peningkatan prestasi dalam matematik kepada semua guru besar dan guru di Baling dan Sik
c)Mengadakan krusus pengukuhan matematik T1-T3 kepada guru matematik di Padang Terap/Pendang.
d)Merakamkan video bagi satu siri pengajaran matematik sekolah rendah mulai tahun1 hingga tahun 6. Rakaman bagi tahun satu telah siap .
e)Bimbingan dari guru yang cemerlang matematik untuk kursus/bengkel pengukuhan matematik T1-T3, dan mengubal rancangan pendidikan khas matematik T4/5 untuk murid yang lambat .
f) Mendedahkan idea dan strategi yang diperoleh dari kursus”Breaktroughs in teaching Matematics” kepada guru matematik .Pendedahan ini dijalankan oleh pegawai yang telah menghadiri kursus tersebut. (Bagaimana seorang guru dapat membimbing muridnya dalam penguasaan “Pecahan” mulai dari peringkat maujud hingga ke peringkat abstrak.
g)Mendedahkan kaedah aktiviti berperingkat kepada guru matematik mengikut peringkat .
     
3
PULAU PINANG
a)Mengadakan demonsterasi tentang pengajaran tajuk pecahan bagi tahun 6 di Cangkat Minden dan tajuk Bahagi di Balik Pulau oleh guru cemerlang kepada guru matematik di daerah tersebut .
b) Mengadakan lawatan bimbingan dan penyeliaan secara kelompok atau individu ke sekolah-sekolah.
c)  Penulisan modul matematik Tahun 1 dan mengadakan kursus pendedahan mengenainya kepada kursus .  
4
PERAK
a)Mengadakan ceramah motivasi dan peningkatan untuk murid-murid Tahun 6,Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di awal penggal persekolahan oleh pegawai JPN dan kakitangan Sumber/Kakitangan Penting Matimatik .
5
SELANGOR
a)Menjalankan Projek MEKAR untuk meningkatkan prestasi sekolah rendah melalui penggunaan ABM.
b) Meneruskan pelaksanaan kursus peningkatan prestasi matematik peringkatan SRP dan SPM yang telah dimulakan pada tahun 1990.
c)Meneruskan penerbit buku kerja matematik sekolah rendah (Tahun 1-6)yang telah diterbitkan mulai tahun 1990.
d)JKkecil kurikulum matematik daerah telah menjalankan aktiviti seperti ceramah tentang kesilapan umum dalam matematik kepada guru matematik Tahun 3 dan 6 dan aktiviti pembinaan alat pengajaran dan pembelajaran.
 6
WILAYAH PERSEKUTUAN
a)Mengadakan kursus pengukuhan operasi bahagi tahap II kepada guru –guru KBSR.
b)Mengadakan kursus kawal pandu penyeliaan dan pencerapan matematik untuk guru penolong kanan I.
c)Mengadakan bengkel penulisan soalan ujian percubaan matematik UPSR kepada guru sekolah rendah .
d)Menjalankan kursus matematik Pra T 1 untuk guru Tahun 6.
7
NEGERI SEMBILAN
a)PPSM mengadakan kursus bimbingan kepada guru matematik sekolah menengah di daerah-daerah Negeri Sembilan.
b)Mengadakan kursus matematik bagi guru matematik di Sekolah Sampel/Sekolah Projek.
c)Menyedarkan modul pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1 ke semua sekolah rendah.
8
MELAKA
a)Merakamkan contoh pengajaran guru cemerlang bagi tajuk Ukuran Panjang untuk Tahun 3 dan Pecahan untuk Tahun 5.
b)Mengadakan bengkel pembinaan soalan diagnostic untuk Tahun 3 dan 5,dan Tingkatan I-III.
c)Mengadakan ujian pengesanan Matematik bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3.
d)Mengadakan kursus dan bengkel meningkatkan strategi pelajaran dan pembelajaran kepada guru matematik Tahun 1 dan kursus Peningkatan Keilmuan untuk guru matematik Tahap 2.
e)Mengadakan projek”Gor For 100” bagi matapelajaran Matematik Tahun 6 dalam UPSRyang melibatkan 35 buah sekolah rendah.
9
JOHOR
a)Menghasilkan program MAS(Matematik Senang dan Seronik) yang dilaksanakan di semua sekolah rendah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
10
PAHANG
a)Mengadakan kursus peringkat daerah tentang pengajaran dan pembelajaran matematik melalui pengalaman guru cemerlang kepada Guru Panitia Matematik.
b)Mengadakan kursus peningkatan prestasi matematik peringkat UPSR,SRP dan SPM untuk guru-guru dari sekolah pencapaian rendah yang terpilih.
11
TERENGGANU
a)       Menjalankan soal selidik tentang keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kepada 180 guru sekolah rendah dan 100 guru sekolah menengah
b)       Mengemaskini data dan maklumat guru-guru matematik Negeri Terengganu.
c)       Mengadakan perbincangan dengan pegawai RESCAM berhubung dengan rancangan tindakan meningkatkan prestasi dalam matematik
d)       Mengedar pekeliling tentang pelaksanaan congak sekurang-kurangnya 5 minit di awal pengajran di sekolah rendah
e)       Menggalakkan aktiviti peringkat daerah yang berkaitan dengan matematik. PPD Kemaman telah menjalankan bimbingan guru guru cemerlang dalam mana seorang guru dari Negeri Sembilan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam meningkatkan prestasi matematik murid aliran sastera. PPD Hulu Terengganu telah mengadakan kursus kesedaran matematik kepada semua guru besar dan penolong kanan daerah tersebut. Manakala PPD Dungun / Marang telah mengadakan Kem Matematik Menengah Rendah dan Menengah atas bagi murid yang akan menduduki peperiksaan.
12
KELANTAN
a)       Mengadakan kursus peningkatan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1-5 di Daerah Machang, Tanah Merah dan Jeli.
b)       Menjalankan kursus / bengkel peningkatan prestasi matematik peringkat SRP bagi guru matematik Tingkatan 3 dan guru kanan di daerah Kota Baharu.
c)       Mengadakan kursus pengukuhan matematik sekolah rendah di Pusat Kegiatan Guru Mekasar dan Kedai Tanjung.
d)       Mengadakan kursus pendedahan strategic pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 6 kepada
13
SABAH
a)       Mengadakan Seminar Tahun Matematik Peringkat Negeri untuk member kesedaran kepada pengetua / guru besar , murid dan ibu bapa tentang kepentingan matematik.
b)       Mengadakan  Seminar Peningkatan Kesedaran Matematik untuk PIBG peringkat daerah.
c)       Mengadakan Kursus Asas KBSR bagi guru matematik sekolah kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik mereka.
14
SARAWAK
a)       Menjalankan bengkel penulisan bahan matematik menengah rendah bagi beberapa tajuk matematik tingkatan 1 hingga tingkatan 3
b)       Mengadakan sesi latihan berbentuk ceramah / demonstrasi oleh kakitangan sumber dan pegawai JPN kepada guru –guru sekolah rendah dan menengah yang dikumpulkan mengikut zon atau kelompok.
c)       Menjalankan Projek Amalan Matematik (PAM) untuk mengukuhkan kemahiran dan konsep asas matematik bagi murid sekolah rendah. Projek ini mnekankan kegiatan kokurikulum dan pengajaran yang beroreintasikan aktiviti murid.

PENUTUP:
Dalam alam pendidikan di Malaysia, matematik memang sentiasa diberi penekanan. Tradisi ini diteruskan, bahkan dipertingkatkan, dalam KBSR dan seterusnya dalam KBSM. Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kegagalan dalam pembelajaran matematik masih berlaku di peringkat persekolahan rendah dan menengah. Keadaan masa kini serupa dengan keadaan masa dahulu. Namun begitu, hari ini masalah kegagalan dalam matematik telah mendapat perhatian dan menimbulkan lebih kebimbangan di kalangan masyarakat berbanding dengan zaman dahulu. Keadaan ini berlaku kerana dua sebab. Pertama, KBSR tidak mencapai apa yang dihasratkan semasa ia dilancarkan, iaitu penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) di kalangan semua murid. Ini telah menggoncangkan kepercayaan KBSR dalam menyelesaikan masalah buta huruf dan buta angka. Kedua, Malaysia sedang bersiap sedia untuk menjadi sebuah Negara maju yang berteraskan sains dan teknologi pada tahun 2020 . Matematik sebagai asas bagi sains dan teknologi menjadi amat penting kepada setiap orang yang akan hidup dan bekerja dalam Negara dan masyarakat maju. Jika system pendidikan kita tidak dapat memastikan semua murid menguasai kemahiran matematik, maka ini akan menghalang masyarakat kita mencapai wawasan Negara maju itu.
    Usaha untuk meningkatkan prestasi murid dalam matematik adalah usaha untuk membasmi penyakit buta angka di kalangan generasi muda . Ini sama penting dengan usaha membasmi penyakit buta huruf atau membasmi penyakit kemiskinan. Semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan matematik , dari guru sekolah rendah hingga ke pensyarah universiti, dari peringkat PPD hingga ke peringkat Kementerian Pendidikan, perlu berusaha dengan gigih dan berterusan untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik di sekolah serta meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran ini.
Masalah kegagalan dalam pembelajaran matematik sebenarnya adalah suatu masalah semesta, kerana hingga hari ini Negara maju di barat pun masih menghadapi masalah ini. Oleh itu sementara kita di Malaysia berikhtiar mencari jalan yang kreatif, imaginative dan inovatif untuk meningkatkan pendidikan matematik , baik dalam reformasi kurikulum mahupun dalam pembaharuan kaedah mengajar, kita perlu sedar perjuangan kita adalah perjuangan jangka panjang , dan kita tidak patut putus asa jika usaha kita tidak mendatangkan hasil yang sempurna dengan segera. Yang penting ialah semua pihak di semua peringkat perlu terus berusaha dan berjuang dengan waspada dan penuh keazaman untuk membasmi penyakit buta angka itu. Dengan demikian barulah boleh kita harapkan masalah kegagalan dalam pembelajaran matematik itu diselesaikan sepenuhnya pada suatu masa nanti.

Diedar oleh:

…………………………………..
Pn. Hjh. Siti Musni bt Hj. Radzi
Ketua Panitia Matematik 2012
SMK Khir Johari,
35900 Tanjong Malim, Perak
Tarikh: 1 FEBRUARI 2012

No comments:

Post a Comment