Wednesday 23 May 2012


Visi Panitia MATEMATIK Sekolah:


Melahirkan ahli matematik yang itqan dalam usaha mencari ilmu agar menjadi insan yang lebih gemilang hasil penglibatan dalam semua aktiviti matematik serta menjadikannya sebagai budaya dan seterusnya  menghayati semangat belajar berterusan dalam rutin kehidupan.


Misi MATEMATIK Sekolah:


Berjaya dengan cemerlang dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam bidang matematik.




MATLAMAT STRATEGIK


a.Meluaskan tapak untuk murid mengembangkan bakat dalam bidang matematik dengan   
  merealisasikan konsep Matematik untuk Semua.
b.Mewujudkan budaya saing secara sihat, memupuk nilai kerjasama serta membangkitkan 
  semangat cintakan matematik.
c.Melahirkan ahli matematik berprestasi tinggi dengan mengembangkan bakat dan potensi 
  ‘murid pintar’ ke peringkat yang lebih tinggi.
d.Meningkatkan ilmu dan peluang kemahiran menganjur, mengurus dan melaksanakan program 
  matematik dan permainan matematik di kalangan guru dan murid.
e.Menambah dan menaik taraf kemudahan infrastruktur bilik matematik dan permainan 
  matematik di sekolah.
f.Menghargai segala pengorbanan dan sumbangan ‘murid pintar’ dan guru matematik dan guru 
  persatuan matematik.


OBJEKTIF:


a.Penglibatan semua murid dalam aktiviti matematik.
b.Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan kaum dalam pelaksanaan aktiviti  
  matematik.
c.Meningkatkan keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang murid pintar matematik 
  berprestasi tinggi setahun bagi mewakili daerah dan negeri.
d.Penyebaran ilmu dan mewujudkan peluang kepada guru dan murid untuk meningkatkan 
  pengalaman menganjur, mengurus dan melaksanakan pelbagai program matematik dan 
  permainan matematik.
e.Penambahan dan menaik taraf kemudahan asas matematik dan permainan matematik di 
  sekolah.
f.Pengiktirafan dan penghargaan kepada guru matematik, guru persatuan matematik  dan 
  ‘murid pintar’ yang mencapai kejayaan cemerlang.







1 comment:

  1. How to Make Money - WorkMake Money
    We've put together a list of the 인카지노 best casinos for making money online. Learn หาเงินออนไลน์ about how to make money and the best online casinos to use them. 메리트 카지노 주소

    ReplyDelete