Significant Form
Significant Figure
Chapter 2- Quadratic Expression and Equation
Factorisation of Quadratic Expression
Quadratic Equation
Roots of QuadraticEquation
Chapter 3- Sets
1.
|
Faktor
murid dan faktor guru adalah sangat penting untuk mencapai prestasi yang
baik dalam matematik di sesebuah sekolah.
|
2.
|
Garis
panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang
didapati berkesan di sekolah-sekolah menengah yang mempunyai pencapaian
tinggi dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk
sekolah-sekolah menengah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam
matematik.
|
2.1
|
Pengurusan:
a) Pengetua
bertindak aktif sebagai pengurus kurikulum dengan ;
i.
Menyertai mesyuarat Panitia Matematik
ii.
Mengambil tindakan susulan ke atas aktiviti
Panitia Matematik
iii.
Menyemak kerja bertulis murid secara berterusan
dan teliti
b) Pihak
sekolah merancang dan menyediakan program peningkatan prestasi dalam
matematik dengan
i)
Menyusun jadual waktu matematik yang sesuai
ii)
Menetapkan pelunjuran pencapaian matematik serta
mengatur strategi untuk mencapainya.
iii)
Mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan
prestasi dalam matematik seperti system mentor , kelas pemulihan , kem
matematik , minggu matematik dan pengaliran murid mengikut kebolehan matematik.
c) Pengetua
menentukan guru yang mengajar Matematik itu beropsyen matematik.
d) Pengetua
menjalankan pencerapan pengajaran Matematik secara berterusan dan terancang.
e) Sekurang-kurangnya
10% daripada peruntukan Sains dan Matematik digunakan untuk membeli alat
matematik.
f)
Semua guru Matematik diberi peluang untuk
menyertai aktiviti perkembangan staf.
g) Aktiviti
kokurikulum yang sesuai dirancangkan untuk mempertingkatkan pembelajaran
matematik.
h) Pengetua
mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak, terutamanya guru, murid dan
ibubapa.
|
2.2
|
Guru:
a)
Guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap
tugasnya dan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme mereka dalam
bidang matematik.
b)
Guru menguasai isi kandungan sukatan pelajaran
Matematik yang diajarnya.
c)
Guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam
bidang ilmu matematik.
d)
Guru menyediakan rancangan pengajaran
berdasarkan kehendak kurikulum dan prinsip pedagogi.
e)
Guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik.
f)
Guru selalu :
i)
Menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai
dengan kandungan pelajaran dan kebolehan murid.
ii)
Mengimbangi pemahaman konsep dengan penguasaan
kemahiran
iii)
Menggunakan bahan tambahan bagi melengkapi bahan
dalam buku teks.
iv)
Memberi peluang untuk murid mengembangkan
kemahiran berfikir.
v)
Mengamalkan gaya pengajaran yang merangsangkan
pembelajaran murid.
g)
Guru memberi latihan bertulis dan kerja rumah
yang terancang , mencukupi dan sesuai untuk kebolehan murid serta:
i) Menunjukkan
contoh penyelesaian secukupnya sebelum murid membuat latihan.
ii) Menggalakkan murid bekerja secara
individu dan dalam kumpulan kecil
iii)Memastikan murid menulis kerja
penyelesaian dengan kemas dan teratur
h)
Guru menyemak semua latihan bertulis murid
dengan teliti dan secepat mungkin serta memberi komen yang membina dan
membincangkan kesilapan umum dalm kelas.
i)
Guru menjalankan penilaian berterusan secara
terancang melalui pelbagai cara
i)
Membincangkan bersama sama murid
penyelesaian bagi soalan ujian yang diberi
ii) Menganalisis keputusan ujian untuk
mengenalpasti kelemahan murid
iii)Mengajar semula konsep atau kemahiran
tertentu
j)
Guru menggunakan pelbagai cara untuk
memotivasikan murid supaya mereka terus berusaha memperbaiki prestasi
mereka atau mengekalkan kecemerlangan mereka dalam pembelajaran matematik.
|
2.3
|
a)
Murid mematuhi jadual belajar kendiri dengan tekun dan bersistem.
b)
Murid belajar dengan pelbagai cara seperti belajar bersendirian
c)
Murid berbincang dengan guru
d)
Murid berbincang dengan rakan sebaya
e)
Murid mengulangkaji
dengan kerap
f) Murid menyiapkan latihan yang diberi
dengan menepati masa dan membuat pembetulan
g)
Murid aktif dalam kelas :
i)
Bertanya soalan
ii)
Memberi jawapan
iii)Membuat
rumusan
iv)Memberi
pandangan dan cadangan
h)Murid
membuat
latihan tambahan dengan inisiatif sendiri
i)Murid
menunjukkan minat dan keyakinan diri yang tinggi dalam matematik
j)
Murid aktif
dalam kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan matematik
|
2.4
|
Bahan:
a) Alat bantu
mengajar dirancang penggunaanya secara bersistem.
b) Alat bantu
mengajar yang sesuai selalu digunakan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid
c) Alat bantu
mengajar disediakan oleh guru dan murid
d) Penyelenggaraan
dan penyimpanan alat bantu mengajar diuruskan dengan baik
e) Guru
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan
teknologi pendidikan dalam pengajaran matematik.
f)
Bahan yang sedia ada seperti TV Pendidikan,
kaset, CD, carta dan radio digunakan secara optimum dalam pengajaran
matematik.
g) Murid diberi
peluang menggunakan alat bantu mengajar.
h) Sudut
matematik diwujudkan disemua bilik darjah
|
3
|
Garis
panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang
didapati berkesan di sekolah-sekolah rendah yang mempunyai pencapaian tinggi
dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk
sekolah-sekolah rendah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam
matematik.
|
3.1
|
Pengurusan:
a) Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah dan Panitia Matematik berfungsi sepenuhnya untuk merancang
, mengelola , mengawal dan menilai program matematik dan seterusnya membuat
tindakan susulan
b) Kelemahan
dan kekuatan murid dalam matematik dikenalpasti dan dijadikan asas untuk
perancangan program matematik bagi jangka panjang dan jangka pendek
c) Aktiviti
perkembangan staf seperti ceramah, bengkel dan lawatan diadakan untuk
meningkatkan ketrampilan dan pengetahuan guru tentang matematik
d) Guru besar
selalu mencerap pengajran guru matematik secara terancang dan membimbing
mereka melalui perbincangan perseorangan atau dalam mesyuarat guru untuk
meningkatkan prestasi masing masing
e) Guru besar
atau guru penolong kanan menyemak buku latihan matematik murid secara
terancang dan mengikut kreteria tertentu
f)
Kelas bimbingan tambahan diadakan untuk membantu
murid mengatasi masalah dalam pembelajaran matematik.
g) Setiap guru
dilantik sebagai bapa angkat kepada beberapa orang murid untruk membantu
mereka menyelesaikan masalah pembelajaran.
h) Hubungan
yang baik dan kerjasama yang erat diwujudkan di antara guru besar dengan guru,
guru dengan guru serta di antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau
menjayakan semua program matematik
yang dijalankan di sekolah.
|
3.2
|
Guru:
a) Guru peka
kepada perkembangan baru dalam pendidikan matematik dan bersedia mencuba idea
baru yang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
matematik.
b) Guru selalu
berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat bagi mengatasi masalah dalam
pengajaran matematik
c) Guru
menggunakan sumber ikhtisas yang ada di dalam dan di luar sekolah untuk
membantu mereka mengatasi masalah dalam pembelajaran matematik
d) Guru yang
berkemahiran dan berminat mengajar matematik ditugaskan mengikut kelasnya
pada tahap 1 atau tahap 2.
e) Guru
berikhtiar menanamkan tanggapan bahawa matematik adalah mudah dan
menyeronokkan di kalangan murid.
f)
Guru menggunakan bahan dan teknik mengajar yang
sesuai untuk membolehkan murid belajar matematik melalui pengalaman.
g) Guru membeti
latihan berperingkat yang maksimum mengikut kebolehan murid dan memeriksa
hasilkerja murid dengan teliti dan kemas kini,
h) Guru peka
kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid serta masalah yang
dihadapi oleh setiap murid dan membantu meningkatkan pembelajaran mereka.
i)
Guru berusaha memberi rangsangan kepada murid untuk berjaya dalam matematik.
j)
Guru memastikan setiap murid di Tahap 1
menguasai fakta asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
k) Guru
sentiasa menggunakan apa yang terdapat di alam sekitar yang berkaitan dengan
matematik dalam pengajaran mereka.
|
3.3
|
Murid:
a) Murid
berusaha memperbaiki diri mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam matematik
dengan:
i)
Membuat latihan dengan tekun
ii)
Menghafal fakta asas dalam tambah, tolak, darab dan bahagi
iii)
Berbincang dengan rakan atau bertanya kepada
guru apabila menemui sesuatu masalah
dalam pelajaran
iv)
Membantu rakan menyelesaikan sebarang masalah
matematik
b) Murid
bersemangat dan berkeyakinan dalam pembelajaran matematik
c) Murid
mengamalkan kemahiran matematik dalam kehidupan harian
|
3.4
|
Bahan:
a) Sukatan
Pelajaran dan Buku Panduan Khas Matematik digunakan sepenuhnya sebagai
rujukan untuk merancangkan pelajaran matematik
b) Buku teks
dan buku aktiviti digunakan untuk memberi murid latihan pengukuhan setelah
mereka menguasai sesuatu kemahiran
c) Alat Bantu
Mengajar selalu digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan kemahiran
matematik yang diajar.
d) Bahan yang
biasa ditemui oleh murid dalam alam sekitar digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran matematik
e) Bahan
pengaya untuk matematik yang menarik dan mencabar disediakan dengan mencukupi
untuk kegunaan murid
f)
Bahan pemulihan mengikut keperluan murid
disediakan dan digunakan untuk membantu murid mengatasi kesukaran mereka
dalam pelajaran matematik
g) Bahan teknologi
pendidikan seperti Radio Pendidikan, TV Pendidikan , OHP , slaid dan CD
digunakan sepenuhnya.
|
1
|
PERLIS
|
a)Projek
Celik 3M untuk murid tahap 1 dan 2 sekolah rendah .Projek ini akan mengenal
pasti murid yang masih belum menguasai matematik dan sekolah akan mengambil
tindakan untuk mengatasinya.
b)Penyeliaan
Jarak Jauh Semua Sekolah .PPSMdan Penyelia Matematik negeri menyemak buku
latihan matematik yang dihantar secara rawak oleh sekolah ke JPN.
c)Merakamkan
contoh pengajaran guru matematik cemerlang bagi tajuk “Rumus Algebra”.
d)”Blue
Print”Pemulihan bagi murid Tingkatan 1.
Di awal penggal persekolahan semua
murid Tingkatan 1 diuji dengan kertas yang sama .Pelajar yang didapati lemah
akan diberi pemulihan dan akan diuji semula di akhir penggal persekolahan.
e)
Lawatan Pasukan Pembimbing Kurikulum .
Pegawai dari pasukan ini akan memberi bimbingan kepada guru matematik
selepas pencerapan yang dilakukan di bilik darjah .
f)Menggalakkan
sekolah untuk terus mengadakan aktiviti perkampungan matematik setiap tahun
bagi meningkatkan prestasi matematik di sekolah masing- masing.
|
2
|
KEDAH
|
a)Mengadakan
peperiksaan UPSR di sekolah rendah .
b)Memberi
taklimat /ceramah tentang peningkatan prestasi dalam matematik kepada semua
guru besar dan guru di Baling dan Sik
c)Mengadakan
krusus pengukuhan matematik T1-T3 kepada guru matematik di Padang
Terap/Pendang.
d)Merakamkan
video bagi satu siri pengajaran matematik sekolah rendah mulai tahun1 hingga
tahun 6. Rakaman bagi tahun satu telah siap .
e)Bimbingan
dari guru yang cemerlang matematik untuk kursus/bengkel pengukuhan matematik
T1-T3, dan mengubal rancangan pendidikan khas matematik T4/5 untuk murid yang
lambat .
f)
Mendedahkan idea dan strategi yang diperoleh dari kursus”Breaktroughs in
teaching Matematics” kepada guru matematik .Pendedahan ini dijalankan oleh pegawai
yang telah menghadiri kursus tersebut. (Bagaimana seorang guru dapat
membimbing muridnya dalam penguasaan “Pecahan” mulai dari peringkat maujud
hingga ke peringkat abstrak.
g)Mendedahkan
kaedah aktiviti berperingkat kepada guru matematik mengikut peringkat .
|
3
|
PULAU
PINANG
|
a)Mengadakan
demonsterasi tentang pengajaran tajuk pecahan bagi tahun 6 di Cangkat Minden
dan tajuk Bahagi di Balik Pulau oleh guru cemerlang kepada guru matematik di
daerah tersebut .
b)
Mengadakan lawatan bimbingan dan penyeliaan secara kelompok atau individu ke
sekolah-sekolah.
c) Penulisan modul matematik Tahun 1 dan mengadakan
kursus pendedahan mengenainya kepada kursus .
|
4
|
PERAK
|
a)Mengadakan
ceramah motivasi dan peningkatan untuk murid-murid Tahun 6,Tingkatan 3 dan
Tingkatan 5 di awal penggal persekolahan oleh pegawai JPN dan kakitangan
Sumber/Kakitangan Penting Matimatik .
|
5
|
SELANGOR
|
a)Menjalankan
Projek MEKAR untuk meningkatkan prestasi sekolah rendah melalui penggunaan
ABM.
b)
Meneruskan pelaksanaan kursus peningkatan prestasi matematik peringkatan SRP
dan SPM yang telah dimulakan pada tahun 1990.
c)Meneruskan
penerbit buku kerja matematik sekolah rendah (Tahun 1-6)yang telah
diterbitkan mulai tahun 1990.
d)JKkecil
kurikulum matematik daerah telah menjalankan aktiviti seperti ceramah tentang
kesilapan umum dalam matematik kepada guru matematik Tahun 3 dan 6 dan
aktiviti pembinaan alat pengajaran dan pembelajaran.
|
6
|
WILAYAH
PERSEKUTUAN
|
a)Mengadakan
kursus pengukuhan operasi bahagi tahap II kepada guru –guru KBSR.
b)Mengadakan
kursus kawal pandu penyeliaan dan pencerapan matematik untuk guru penolong
kanan I.
c)Mengadakan
bengkel penulisan soalan ujian percubaan matematik UPSR kepada guru sekolah
rendah .
d)Menjalankan
kursus matematik Pra T 1 untuk guru Tahun 6.
|
7
|
NEGERI
SEMBILAN
|
a)PPSM
mengadakan kursus bimbingan kepada guru matematik sekolah menengah di
daerah-daerah Negeri Sembilan.
b)Mengadakan
kursus matematik bagi guru matematik di Sekolah Sampel/Sekolah Projek.
c)Menyedarkan
modul pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1 ke semua sekolah rendah.
|
8
|
MELAKA
|
a)Merakamkan
contoh pengajaran guru cemerlang bagi tajuk Ukuran Panjang untuk Tahun 3 dan
Pecahan untuk Tahun 5.
b)Mengadakan
bengkel pembinaan soalan diagnostic untuk Tahun 3 dan 5,dan Tingkatan I-III.
c)Mengadakan
ujian pengesanan Matematik bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3.
d)Mengadakan
kursus dan bengkel meningkatkan strategi pelajaran dan pembelajaran kepada
guru matematik Tahun 1 dan kursus Peningkatan Keilmuan untuk guru matematik
Tahap 2.
e)Mengadakan
projek”Gor For 100” bagi matapelajaran Matematik Tahun 6 dalam UPSRyang
melibatkan 35 buah sekolah rendah.
|
9
|
JOHOR
|
a)Menghasilkan
program MAS(Matematik Senang dan Seronik) yang dilaksanakan di semua sekolah
rendah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
|
10
|
PAHANG
|
a)Mengadakan
kursus peringkat daerah tentang pengajaran dan pembelajaran matematik melalui
pengalaman guru cemerlang kepada Guru Panitia Matematik.
b)Mengadakan
kursus peningkatan prestasi matematik peringkat UPSR,SRP dan SPM untuk
guru-guru dari sekolah pencapaian rendah yang terpilih.
|
11
|
TERENGGANU
|
a) Menjalankan
soal selidik tentang keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
kepada 180 guru sekolah rendah dan 100 guru sekolah menengah
b) Mengemaskini
data dan maklumat guru-guru matematik Negeri Terengganu.
c) Mengadakan
perbincangan dengan pegawai RESCAM berhubung dengan rancangan tindakan
meningkatkan prestasi dalam matematik
d) Mengedar
pekeliling tentang pelaksanaan congak sekurang-kurangnya 5 minit di awal
pengajran di sekolah rendah
e) Menggalakkan
aktiviti peringkat daerah yang berkaitan dengan matematik. PPD Kemaman telah
menjalankan bimbingan guru guru cemerlang dalam mana seorang guru dari Negeri
Sembilan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam meningkatkan
prestasi matematik murid aliran sastera. PPD Hulu Terengganu telah mengadakan
kursus kesedaran matematik kepada semua guru besar dan penolong kanan daerah
tersebut. Manakala PPD Dungun / Marang telah mengadakan Kem Matematik
Menengah Rendah dan Menengah atas bagi murid yang akan menduduki peperiksaan.
|
12
|
KELANTAN
|
a) Mengadakan
kursus peningkatan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1-5 di Daerah
Machang, Tanah Merah dan Jeli.
b) Menjalankan
kursus / bengkel peningkatan prestasi matematik peringkat SRP bagi guru
matematik Tingkatan 3 dan guru kanan di daerah Kota Baharu.
c) Mengadakan
kursus pengukuhan matematik sekolah rendah di Pusat Kegiatan Guru Mekasar dan
Kedai Tanjung.
d) Mengadakan
kursus pendedahan strategic pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 6
kepada
|
13
|
SABAH
|
a) Mengadakan
Seminar Tahun Matematik Peringkat Negeri untuk member kesedaran kepada
pengetua / guru besar , murid dan ibu bapa tentang kepentingan matematik.
b) Mengadakan Seminar Peningkatan Kesedaran Matematik
untuk PIBG peringkat daerah.
c) Mengadakan
Kursus Asas KBSR bagi guru matematik sekolah kebangsaan dalam usaha
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik mereka.
|
14
|
SARAWAK
|
a) Menjalankan
bengkel penulisan bahan matematik menengah rendah bagi beberapa tajuk
matematik tingkatan 1 hingga tingkatan 3
b) Mengadakan
sesi latihan berbentuk ceramah / demonstrasi oleh kakitangan sumber dan
pegawai JPN kepada guru –guru sekolah rendah dan menengah yang dikumpulkan
mengikut zon atau kelompok.
c) Menjalankan
Projek Amalan Matematik (PAM) untuk mengukuhkan kemahiran dan konsep asas
matematik bagi murid sekolah rendah. Projek ini mnekankan kegiatan
kokurikulum dan pengajaran yang beroreintasikan aktiviti murid.
|